Subscribe to Blog Perkahwinan Dot Biz Subscribe to Blog Perkahwinan Dot Biz's comments

chasturi1

S.F.N. TRADING SDN. BHD. yang mempunyai sebuah Kedai Kasut JUKEBOX di  Jalan Pudu, KL kini mengorak langkah untuk menyokong perkhidmatan penyediaan makanan halal dengan mengendalikan sebuah perniagaan katering yang dinamakan CHASTURI CATERING.

Sehingga ke hari ini, CHASTURI CATERING telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan pelbagai majlis seperti di Kementerian Perusahaan dan Komoditi (Putrajaya), Jabatan Pendaftaran Negara (Putrajaya), Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Kuala Lumpur), Kilang Stevien Biotechnology (Negeri Sembilan), Kantin Hospital Port Dickson (Negeri Sembilan) dan banyak lagi. Kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Kerajaan dan Swasta inilah yang menjadikan CHASTURI CATERING bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik!

Sebagai sebuah syarikat bumiputera yang perpengalaman dalam bidang penyediaan makanan halal secara katering, CHASTURI CATERING turut mengendalikan banyak majlis keraian untuk perkahwinan, pertunangan, dan kesyukuran. CHASTURI CATERING sentiasa bersedia menerima tempahan makanan bermasak serta kering untuk pelbagai majlis seperti Majlis Kenduri Perkahwinan, Majlis Makan Malam, Doa Selamat & Tahlil, Jamuan Sambutan Hari Raya, Jamuan Majlis Seminar atau Kursus dan pelbagai lagi majlis yang anda fikirkan. Anda hanya perlu fikirkan majlis, biar CHASTURI CATERING aturkan makanan untuk anda.

Di CHASTURI CATERING, kami berbangga untuk menjadi salah satu faktor kejayaan majlis bersejarah anda. Majlis yang di raikan di seluruh Lembah Klang dan Negeri Sembilan senantiasa mempercayai CHASTURI CATERING untuk penyediaan makanan. Falsafah kami adalah satu, Kepuasan Selera Anda Adalah Keutamaan Kami.

Hubungi kami 019.370.9590 atau 013.613.8360 atau lawati laman web http://www.chasturycatering.com/

Salam Selera!


Seeloknya, bakal pengantin melakukan solat hajat malam sebelum upacara akad nikah untuk memastikan kelancaran majlis. Ia juga bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Amalkan surah Al-Inshirah (Alam-Nashrah) untuk mengurangkan rasa debaran menjelang detik dinikahkan. Surah itu juga yang diamalkan Nabi Musa ketika berdepan firaun.

Bakal pengantin lelaki juga boleh mengamalkan surah Toha (ayat 25 - 28) untuk mengurangkan darah gemuruh. Selesai membaca, bolehlah minum segelas air untuk penenang jiwa.

Lazim bagi bakal pengantin untuk menghafal beberapa pengetahuan asas dalam agama. Kebiasaannya jurunikah akan bertanyakan rukun Iman dan rukun Islam sebagai pengetahuan asas dalam Islam. Bagi yang berdebar, sebaiknya mereka menghafal semua rukun itu bagi mengelak lebih panik.

Sejurus selepas dinikahkan, seeloknya pengantin lelaki menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai bersyukur kerana berjaya menempuh alam perkahwinan. Selepas itu, sarunglah cincin kepada isteri tercinta.

Pengantin lelaki juga harus bersalam dengan ibu bapa dan ibu bapa mentua, hadirin dan sahabat handai. Bersalaman adalah tanda kesyukuran dan rasa gembira kerana semuanya sudah sempurna.


Seorang nenek telah memenangi hadiah bernilai rm1juta,dalam pertandingan power rooot saya ingin jadi jutawan. Pihak pengurusan dengan berbesar hati menyampaikan hadiah yang di menangi nenek itu, dengan tersenyum lebar walaupun tanpa gigi menerima hadiah berkenaan. Lalu wartawan2 menyerbu kepada nenek tersebut. Seorang wartawan bertanyakan kepada nenek tentang rahsia kemenanganya,dengan sepontan nenek menjawab, dulu atok kamu jadi duta ma”jun pak tani. Bila je dia tengok nenek terus tergila-2kan nenek dan ajak kawin, sekarang ni pulak roshyam noor jadi duta ubat kuat, mana tau kot-2  rezki nenek lagi..


Kadangkala Allah hilangkan mentari, dan DIA datangkan guruh.. puas kita menangis .. mencara mana mentari kita .. rupa-rupanya ALLAH hendak menghadiahkan kita pelangi yang INDAH..

Sabar lah duhai insan, ada kemanisan disebalik kepahitan ini.


1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg ‘dia’ dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


SEBAGAI lelaki, pernahkah ego anda tercabar? Apatah lagi orang yang mencabar itu adalah insan paling rapat dengan anda iaitu isteri.

Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar menelah isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai suri dalam hidup insan bernama suami.

Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan payah kalau anda tahu ‘kuncinya’. Bahkan isteri bukan mendambakan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata.

Cukup sekadar biasa saja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam oleh suami, pasti hatinya berbunga gembira.

Panduan berikut mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri.

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan ‘I love you’. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.

Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik.

7. Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dalam diri anda.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.

10. Urut isteri dari semasa ke semasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.

14. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.

23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.

24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.

25. Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk.

Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan ‘meletup’ suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.


Harap artikel ini memberi semangat kepada pasangan2 yang akan berkahwin pada zaman kegawatan ekonomi :) Here goes ..

My friend Nina is smack in the middle of a whirlwind romance! She called me two weeks ago to tell me that she has met the love of her life. They’ve been emailing since July (he lives in Alaska, she lives in Brooklyn), spent a completely blissed-out week together, and now talk for hours on the phone every day. It’s sooooo sweet. Now he has asked her dad for her hand in marriage (a controversial move) and they’re shopping for an engagement ring that won’t break the bank. But where?

Check out three rings after the jump–including one for $10!–and tell me what you think…

****

What do you think of these three rings, my dears?

1027-solitaire-ring_sm.jpg

 

 

 

 

This Erica Wiener engagement ring is only $100. Why the crazy cheap price tag? “Herkimer diamonds” are actually valueless quartz crystals. (Fun fact: Sneaky jewelers during the Civil War used to pass them off as actual diamonds.) “We love the visual joke created when these severely flawed, yet impressively sized stones masquerade as diamonds in our classic engagement-ring setting,” says the shop Bona. Impress your friends with bling while saving your loot!

 1027-engagement-ring-gold_sm.jpg

An Alissa Melka gold ring is a cheeky way to say “I love you.” It comes in at $570 — and you can find colorful $10 versions, too!

 1027-engagement-ring_sm.jpg

Choose an antique engagement ring, which you can find at shops like Tail of the Yak in Berkeley, California, and Doyle & Doyle in New York. This stunner rings in at $2800 (which isn’t bad considering that a classic Tiffany’s ring can cost $10,000 to $15,000. Yikes!)

 

Be inspired by the most romantic movie proposals of all time!

Keep in mind, dear W., that any ring can be an engagement ring, so don’t feel pressure to get a certain type. What do you think, my readers? Would you like any of these three rings? (I think the first one is awesome.) What do you think is a good price for an engagement ring–and when do you think it starts getting insane? Do you have any other ring-shopping tips for our very smitten Smitten reader?


KUALA LUMPUR 22 Julai – Penantian sepasang suami isteri selama lapan tahun untuk menimang cahaya mata berakhir, apabila anak mereka lahir di Pusat Perubatan Sunway di sini, kelmarin melalui kaedah persenyawaan tabung uji (IVF).

Bayi perempuan pasangan Chiew Yuen Yee, 44, dan Suaminya, Tee Eng Huat, juga 44, itu diberi nama Puteri Nataliya Sonia Azizah.

Nama tersebut dipilih bersempena dengan nama pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Bayi seberat 2.86 kilogram tersebut selamat dilahirkan pada pukul 3.32 petang melalui pembedahan.

‘‘Saya sangat gembira dengan kelahiran Puteri kerana sudah lama saya mengimpikan untuk mempunyai anak sendiri,

‘‘Sebelum ini, kami telah melakukan pelbagai cara termasuk kaedah tradisonal namun tidak berhasil,‘‘ kata Yuen Yee ketika ditemui di Pusat Perubatan Sunway di sini, hari ini.

Lebih bermakna lagi, pasangan itu turut dikunjungi pengasas TAFF, Tengku Azizah Aminah.

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha TAFF, Datin Hamimah Abdul Karim dan peguamnya, Daeng Khatijah Daeng Ibrahim.

Ketika menceritakan pengalamannya, Yuen Yee memberitahu, dia seolah-olah tidak percaya yang dia bakal menjadi seorang ibu.

‘‘Ada juga saudara mara menyarankan agar kami mengambil anak angkat tetapi masih mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata,’’ jelasnya.

Sementara itu, Tengku Azizah berasa berbangga kerana seorang lagi bayi berjaya dilahirkan dengan bantuan TAFF.

‘‘Selepas ini seramai lima bayi IVF akan dilahirkan antaranya di Pulau Pinang yang dijangka lahir pada 5 Ogos ini, ‘‘ katanya.

Menurutnya, keutamaan akan diberikan kepada pasangan suami isteri yang memperoleh pendapatan bersama kurang RM4,000 sebulan, suami isteri adalah warganegara Malaysia dan sudah lama berkahwin.

Tambah Tengku Azizah, mereka yang terpilih untuk dibantu oleh TAFF akan menerima tajaan sepenuhnya untuk menjalani rawatan dan semasa melahirkan anak.

Sesiapa yang berhasrat untuk memohon bantuan TAFF boleh menghubungi talian 09-7533241 untuk keterangan lanjut


valentine-day-main-image

We’ve been through a lot
Together, you and me,
But that confirms it even more
That we are meant to be.

Our love wouldn’t be complete
If challenges didn’t arise.
We know our love can last
And bounce back from our past.

You’ve always been there for me
Through thick and through thin.
I know if you’re on my side
I will always win.

You complete me
In every single way.
Sometimes you finish things
I’m trying to say (oh ya.. this one, shall I say, always??)

You are my other half. 
The true love of my life.

~ To my dearest hubby-lubby..


Salam penuh keceriaan!

Esok, 14 Feb, Valentine’s Day datang lagi.. Di sini dewi ingin mengingatkan bahawa Valentine’s Day bukan lah sesuatu yang patut di raikan oleh orang islam. Ia adalah budaya orang2 kafir yang tidak patut kita ikuti, apabila di nilai dari segi sejarah bagaimana bermulanya Valentine’s Day ini. Bagi dewi, setiap hari adalah hari untuk berkasih-sayang selagi hayat di kandung badan. Sayangi lah suami, isteri, ibu, bapa, anak2, kawan2, saudara-mara selagi mereka masih ada di depan mata kita.. bukan untuk di ratapi apabila mereka telah tiada.

Dewi terpanggil untuk berkongsi excerpt dari Utusan Malaysia tentang hukum menyambut Valentine’s Day bagi umat Islam :-

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”

Untuk ulasan lanjut : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0212&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive&arc=hive